2009年5月19日星期二

Kelab 1 Malaysia


KELAB 1 MALAYSIA

Pengenalan

Kelab Satu Malaysia (1 M'sia) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia,pelajar dan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum demi mencapai Konsep 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan yang dilancarkan baru-baru ini oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Ia ditubuhkan dengan tujuan memupuk semangat 1 Malaysia di kalangan semua rakyat negara kita yang tercinta ini yang berbilang bangsa dan agama. Kemajuan rakyat yang seimbang disemua bidang ekonomi,sosial,mental,fizikal,akhlak dan politik juga diberi tumpuan oleh Kelab 1 M'sia.

Disamping ini Kelab 1 M'sia juga bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan bantuan dari segi program-program kemasyarakatan kepada semua golongan rakyat demi membina perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh berdedikasi untuk kepentingan negara dengan melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warganegara yang lebih matang,kreatif,proaktif dan bertanggungjawab.

Misi dan Visi Kelab 1 M'sia ialah:

- Untuk mewujudkan perpaduan di antara rakyat dan menjayakan Konsep 1 M'sia yang terdiri daripada pelbagai kaum,agama dan bangsa.

-Memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat tentang konsep 1 Malaysia yang sebenar .

-Memastikan 5 prinsip Rukun Negara yang tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia dipatuhi dan dijayakan dengan berkesan.

-Kepercayaan kepada Tuhan
-Kesetiaan kepada Raja dan Negara
-Keluhuran Perlembagaan
-Kedaulatan Undang –undang
-Kesopanan dan Kesusilaan

-Mengeratkan perasaan muhibbah, muafakat dan saling hormat menghormati serta mengembangkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia. - Menganjurkan program-program perpaduan kaum dan kemasyarakatan berbentuk seminar , forum dan berdialog demi menjayakan konsep 1 Malaysia.- Memberi bantuan kepada masyarakat dari segi pendidikan,ekonomi,sosial,mental,fizikal akhlak dan kesihatan.

Keahlian

Keahlian Kelab 1 M'sia adalah terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama yang berumur 18 tahun keatas,pertubuhan-pertubuhan belia dan NGO yang lain yang mempunyai matlamat dan tujuan yang sama.

Sesebuah pertubuhan bukan kerajaan @ NGO kebangsaan layak menjadi badab gabungan jika ia mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli perseorangan dan bergerak sekurang-kurangnya di 6daripada 14 buah negeri di Malaysia.

Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik dan bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan atau sukarela,menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan.

Peranan NGO / Kelab 1 M'sia

Peranan NGO @ Kelab 1 M'sia dia Malaysia juga amat penting dalam penentuan bentuk demokrasi negara dan nasib rakyat jelata.Kelab ini juga boleh memainkan peranan penting yang tidak dapat dimainkan oleh parti-parti politik kerana NGO merupakan satu kuasa non-partisan.

NGO boleh menggunakan sifat non-partisan ini untuk menyatukanpadukan parti-parti politik yangmenganut kepercayaan politik berlainan.Kadang-kadang rakyat merasa lebih selesa dan lega untuk berjuang bersama NGO kerana sifat non-partisan ini.

Walau pun NGO bukan parti politik,tetapi mereka juga tidak boleh berpisah daripada prinsip yang disebut tadi.NGO juga perlu berjuang atas nilai-nilai sejagat seperti demokrasi,
keadilan,kebebasan,kesaksamaan,setiakawan dan keamanan.Kesejahteraan rakyat juga merupakan matlamat muktamad mereka.

没有评论:

发表评论